Saturday, 13 October 2012

Tempat yang menarik & Aktiviti Kampungku...

Gunung Kinabalu yang akan kelihatan  dari  perjalanan
Ke Kampungku Memang Jelas dan cantik..

Lada Putih yang di tanam di Kebun salah satu makanan  kegemeran ku
Kalau di masak campur dengan Losun & ikan masin nyummmm nyummm  sedapp..

Halia.. saya tak pasti di mana pic ini di ambil sebap pic  ni pun   saya ambil dari  kawan facebook sekampung,
tapi salah satu yang menarik untuk saya apload di sini sebap halia adalah salah satu hasil
pendapatan di kampung hasil memang lumayan.. sekali keluar mest dapat empat angka punya.. >.<
so jangan anggap orang kampung ni miskin.. kami yang merantau ni lagi miskin dari orang2 di kampung.. 

Air Terjun Mara Kara terletak di hujung kampung tempat yg menarik,
Cuma kalau nak datang memang jauh >.<
airnya memang sejuk gila cewah.. memang pun air terjun sejuk kan mana ada yg panas hehe...

Sungai Monsok telah di tagal oleh orang kampung, "Tagal" maksudnya telah di pelihara
dan tidak di benarkan untuk mengambil ikan.. jika ada yang mencuri ikan terseut akan di denda dan memang di larang keras..Oleh kerana sungai ini telah di tagal ikan boleh kelihatan di sungai ini memang banyak.. Sungai yang bersih membuatkan kami boleh melihat dengan jelas ikan dalam sungai..bila pembukaan tagal ini la hasilnya.. ikan besar besar memang lumayan.. semua orang kampung akan merasa ikan tersebut.

Pembukaan Tagal dan ikan tersebut akan di bahagi bahagikan kepada  orang orang kampung...
Kami yang di perntauan hanya telan air liur ja sebap tak merasa.. tengok dalam gambar ja la huhu...

Perkara yang paling sy suka di kampung kami adalah gotong royong menanam padi..
sifat tolong menolong antara satu sama lain setiasa terpahat di hati

Gotong royong "menoud" dalam bahasa melayu tak tahu apa >.<

Balai raya ke-2 yang baru d kampung Monsok Ulu sedang di bina.

Padiii... Keistimewaan hidup di kampung semuanya hasil sendiri  tak payah susah2  untuk membeli beras.
Padi ini akan di jemur dalam masa 2 jam baru boleh di enjin untuk menjadi beras.. :)

Aktiviti di kampung berkelah makan di tepi sungai memang best... arr rindunya.. >.<

Mandi manda sungai ini memang sejuk.. kalau tak biasa mandi sejuk tu 5 minit ja mandi kot haha..

Kenal tak buah ni? hehehe ini adala  buah dalam hutan.. kalau di bandar memang tak nampak,
masa zaman kanak kanak dulu, masa balik dari sekolah kami (budak-budak sekolah)
 akan masuk hutan cari benda ni haha..
zaman kanak-kanak dulu mana takut masuk hutan memang sengal kenangan yang tak mungkin akan berpatah balik..

Jalan ke kampung yang baru di perbaiki.. syukur kesusahan di kampung akhirnya berakhir ..

Pertandingan makan roti >.<

No comments:

Post a Comment